fbpx

240,000 pesawah bakal terima bantuan khas Bernas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 240,000 pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada bantuan khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berjumlah RM60 juta.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menerusi kenyataan memaklumkan, penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat kepada tiga negeri di Pantai Timur terlebih dahulu.

“Di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan melibatkan seramai 20,598 orang pesawah manakala, para pesawah dari negeri-negeri lain di seluruh negara akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta disalurkan bermula awal tahun 2023.

“Bantuan ini merupakan insentif khas kerajaan kepada pesawah oleh Bernas dalam membantu meringankan kos sara hidup para pesawah selain manfaat sedia ada yang disediakan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi (input dan output),” katanya hari ini.

Menurut MAFS, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan proses penyaluran bantuan khas tersebut berjalan lancar.

Katanya lagi, kementerian sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan golongan petani, penternak dan nelayan selain turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kepada golongan sasar.

Pada 31 Disember lalu, Menteri MAFS, Mohamad Sabu mengumumkan bantuan khas daripada Bernas berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah berjumlah RM250 bagi setiap orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI