fbpx

RM1,000 buat tiga keluarga mangsa rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin Shari ketika melakukan ziarah kasih mangsa kebakaran tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sukarelawan Gombak, di sini, hari ini.

GOMBAK – Tiga keluarga mangsa nahas kebakaran rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, yang turut meragut nyawa dua kanak-kanak akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tambahan RM500 akan disalurkan kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu.

“Pihak Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak dan Pusat Khidmat Parlimen Gombak masing-masing telah memberikan RM500 kepada keluarga yang terkesan dalam kebakaran itu.

“Selain itu, buat mangsa yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian itu turut akan diberikan bantuan wang tambahan sebanyak RM500,” katanya selepas meziarahi mangsa kebakaran tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sukarelawan Gombak, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gombak itu turut menyatakan sumbangan tersebut adalah bantuan awal dan lankah seterusnya akan diambil mengikut laporan pihak bomba.

Katanya, bantuan dari sudut kediaman akan diputuskan kelak kerana perlu memastikan mangsa mendapat bantuan yang sesuai.

“Saya difahamkan ketiga-tiga rumah berkenaan adalah rumah yang disewa mangsa. Jika tanah sendiri, kita boleh memberi bantuan membina semula rumah.

“Disebabkan itu rumah sewa, kita akan lihat sudut lain seperti memberi bantuan mereka menyewa di tempat lain dengan bantuan disalurkan oleh lembaga zakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) jika ada keperluan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, kejadian tragis menimpa dua beradik selepas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menjumpai dua mangsa kanak-kanak, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan yang berusia 6 tahun dalam kediaman tersebut selepas usaha memadam api dilakukan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana pintu grill berkunci serta ibu bapa mangsa keluar rumah ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI