fbpx

Mayat dua beradik rentung diklasifikasikan mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang hangus terbakar mengakibatkan Nur Syaza Alfisya bersama adik lelakinya Muhammad Al Qayyum ditemui rentung di Kampung Simpang Tiga, di sini, pagi tadi.

GOMBAK – Polis mengklasifikasikan kematian dua kanak-kanak dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, di sini, awal pagi tadi sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berlaku satu kebakaran di sebuah rumah di kampung berkenaan, pada pukul 3.53 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kebakaran berlaku membabitkan tiga rumah manakala sebuah daripadanya hangus.

“Pihak bomba menjumpai dua mangsa di dalam bilik utama salah sebuah rumah iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya lebih kurang sejam oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau 03-61895222,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI