fbpx

Lelaki mati lemas selepas terjun kolam ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki tempatan ditemui terapung di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang, pagi tadi. - IHSAN BOMBA

RAWANG – Mayat seorang lelaki tempatan ditemui terapung selepas dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air dalam keadaan mabuk di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, di sini, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.26 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak 12 anggota lain-lain pangkat berserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi mangsa lemas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang bagi melakukan misi mencari dan menyelamat (SAR).

“Awalnya, BBP Batu Arang menerima maklumat daripada pihak polis yang menyatakan terdapat seorang lelaki tempatan dipercayai dalam keadaan mabuk terjun ke dalam kolam takungan air sekitar pukul 10 pagi semalam.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba telah melakukan kerja-kerja mencari mangsa di dalam kolam takungan air itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa yang berusia 25 tahun itu berjaya dijumpai kira-kira pukul 1.33 petang tadi.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN