fbpx

Kebakaran Jakel: Kehadiran K9 bukan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing K9 dikenali Sam sedang melakukan pengesanan di tingkat satu bangunan Wisma Jakel, Seksyen 7 Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua anjing unit pengesan (K9) digerakkan bagi proses membantu siasatan forensik kebakaran Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, hari ini.

Kedua-dua anjing tersebut adalah dari baka English Springer Spaniel yang masing-masing dikenali Rusty dan Sam memasuki bangunan terbakar itu kira-kira pukul 10 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Bomba Selangor, Norizham Mohd. Nurdin berkata, kehadiran K9 adalah adalah prosedur biasa dalam menyiasat kes kebakaran.

Katanya, dua anjing tersebut juga bukan adalah yang digunakan dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor tahun lalu.

“Anjing ini memang telah dilatih untuk penyiasatan kebakaran dengan dua ekor digerakkan bagi setiap kali proses siasatan.

“Kedua-dua anjing ini akan melengkapi satu sama lain dalam pengesahan (apabila menemui puncanya),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan dilakukan berdasarkan struktur bangunan, saksi, video orang awam yang dihantar di Facebook dan Youtube.

Ujarnya, selain itu adalah keterangan pemanggil yang melihat kedudukan awal api semasa kebakaran itu.

“Kalau ikut bangunan ini memang besar dan kita tidak siasat keseluruhan bangunan sebaliknya ‘origin’ bermulanya api itu.

“Dua anjing itu kini menyiasat dan memfokuskan di tingkat satu yang dipercayai kebakaran bermula. Di samping itu, terdapat 50 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Anggerik dan Ibu Pejabat Bomba Selangor turut bertugas hari ini,” katanya.

Ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan kebakaran disebabkan litar pintas, Norizham menegaskan sebarang punca hanya diketahui selepas ujian makmal dilakukan terhadapnya selepas proses siasatan di lokasi kejadian selesai. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI