fbpx

Suami benarkan doktor lelaki sambut bayi tidak dayus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Isu berkaitan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi bukanlah suatu isu baru, bahkan ia sudah lama diperdebatkan.

Namun, isu itu kini dihangatkan kembali susulan satu video tular oleh seorang ustazah yang mendakwa suami itu dayus jika membiarkan isterinya bersalin dengan disambut doktor lelaki.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tampil mengupas kembali isu itu dan menjelaskan bahawa suami tidak dianggap dayus sekiranya tiada kemampuan harta mahupun ruang memilih doktor wanita di saat isteri menanggung sakit bersalin.

Menurutnya, syarak membenarkan dalam situasi yang terdesak tersebut untuk menerima khidmat perubatan daripada doktor lelaki pada kadarnya, di samping mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, bagi pihak suami yang berkemampuan, maka digalakkan dan dinasihatkan berusaha mencari dan mengutamakan doktor wanita bagi menyambut kelahiran bayi.

“Kesakitan bersalin itu memang benar-benar berlaku bagi wanita yang bertarung nyawa untuk melahirkan bayi.

“Malah ia adalah situasi darurat dan bukan hanya sangkaan semata-mata. Bahkan, terdapat pengecualian melihat aurat ajnabi atas alasan keperluan perubatan,” katanya.

Katanya, darurat dalam perubatan menjelaskan bahawa melihat dan menyentuh aurat wanita adalah haram namun, atas keperluan perubatan ia dibenarkan apabila berlaku situasi mendesak dan kritikal.

Jelasnya lagi, doktor lelaki yang mengubati pesakit wanita mahupun sebaliknya dibenarkan dengan syarat terdapat di sisi mereka mahramnya atau suami atau wanita yang thiqah.

“Oleh itu, tiada dosa bagi situasi keperluan dan darurat bagi seseorang doktor untuk melihat atau memegang aurat pesakit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI