fbpx

Mekanik maut motosikal terbabas di selekoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Bukit Tembak-Tikam Batu, Sungai Petani awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di Jalan Bukit Tembak-Tikam Batu dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, pemuda berusia 20 tahun terbabit yang mengalami kecederaan di kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.

Mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di zon kuning pada pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassaan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang terbabas sendiri.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju serta tidak memakai topi keledar dari arah Tikam Batu ke Kampung Bukit Kechik sehingga mengakibatkannya hilang kawalan ketika melalui selekoh.

“Motosikal itu kemudian terbabas ke kiri jalan dan impak kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dimasukkan ke zon kuning HSAH sebelum meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI