fbpx

Maybank nafi data pelanggan bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Malayan Banking Bhd. (Maybank) menafikan dakwaan berlaku kebocoran data maklumat pelanggan bank tersebut.

Maybank dalam satu kenyataan media malah memberi jaminan bahawa data pelanggan mereka adalah selamat dan dilindungi.

“Kesimpulan penyiasatan terhadap dakwaan pihak ketiga mengenai kebocoran data pelanggan, Maybank boleh mengesahkan bahawa dakwaan ini adalah palsu.

“(Kami) akan terus mengutamakan langkah keselamatan siber kerana perlindungan data pelanggan adalah amat penting kepada pihak bank,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini terdapat dakwaan maklumat pelanggan Maybank antara 13 juta data pengguna yang dibocorkan di sebuah laman web dikenali sebagai ‘dark web’.

Maklumat yang didakwa bocor membabitkan nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menjalankan siasatan berkait dakwaan terbabit.

Semalam, Fahmi namun memaklumkan sesetengah maklumat Maybank yang didakwa bocor dan dipaparkan dalam laman web itu didapati tidak wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI