fbpx

LHDN perkenal ‘nombor bil’ sebagai rujukan pembayaran cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bermula esok, nombor bil akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran potongan cukai bulanan (PCB) dan duti setem.

Menerusi satu kenyataan, LHDN berkata, maklumat berkenaan nombor bil boleh didapati melalui Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/.

Selain itu kata LHDN, nombor bil juga akan dinyatakan dalam notis taksiran atau anggaran dan surat-surat tuntutan bayaran yang dihantar oleh pihaknya kepada pembayar cukai.

“Bagi tujuan bayaran di kaunter dan bank-bank ejen, pembayar cukai perlu mencetak slip bayaran atau muat turun nombor bil yang diperlukan dengan mengimbas Kod QR yang dipaparkan pada slip bayaran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut LHDN berkata, semasa tempoh peralihan kepada penggunaan nombor bil ini, nombor pengenalan cukai (TIN) atau nombor rujukan cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung sehingga 30 Jun depan.

Ujar LHDN, sebarang maklumat dan pertanyaaan, orang ramai boleh melayari portal rasmi di https://www.hasil.gov.my/ atau menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di portal rasmi https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI