fbpx

Intifada mungkin berlaku selepas Netanyahu jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah jawatan di Knesset, Baitulmaqdis kelmarin. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS – Kabinet Israel mengangkat sumpah dengan Benjamin Netanyahu mengetuai pentadbiran yang boleh membuka pintu kepada ahli politik nasionalis dan pelampau melaksanakan dasar radikal terhadap penduduk Palestin, lapor portal berita Guardian kelmarin.

Golongan liberal Israel bimbang kembalinya pemimpin veteran itu dalam pakatan bersifat anti-Arab, ultranasionalis dan ultraortodoks, akan merosakkan aspek demokrasi dalam tadbir urus Israel.

Dalam pada itu, penduduk Arab dan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di Israel bimbang dengan apa yang mungkin berlaku selepas Netanyahu menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, beliau bersusah payah untuk meredakan kebimbangan dengan memberitahu media Israel tentang sumpah kerajaannya di Knesset (Parlimen): “Tiada sebab untuk bimbang. Kerajaan saya akan menjaga semua penduduk Israel.”

Terdapat kebimbangan bahawa kerajaan pimpinan Netanyahu yang secara terbuka menggesa perluasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, akan menutup kompromi keamanan dengan Palestin.

Bercakap dari Tebing Barat, di mana ketegangan telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, seorang Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah yang memerintah Palestin, Dalal Salameh memberi amaran bahawa kerajaan baharu itu boleh mencetuskan intifada (kebangkitan rakyat Palestin) terbaharu.

“Ini adalah kerajaan fasis (Israel) yang matlamat utamanya ialah kawalan eksklusif ke atas seluruh Palestin. Orang-orang ini akan membawa kepada ‘letusan’ kerana cara mereka berfikir dan bagaimana mereka akan bertindak di atas tanah (Palestin).

“Letusan akan berlaku kerana penduduk Palestin tidak akan menerimanya dan ini akan membawa kepada intifada,” katanya.

Bercakap di Knesset sebelum mengemukakan menteri-menterinya, Netanyahu berkata, dakwaan beliau menggugat demokrasi adalah tidak berasas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI