fbpx

[VIDEO] Anwar Ibrahim nikmati murtabak keju di Kampung Melayu Majidee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (empat dari kiri) bersama Onn Hafiz (dua dari kanan) menjamu selera di gerai murtabak sebelum menunaikan solat jumaat di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari di Restoran Murtabak Kampung Melayu Azo 96, di Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Beliau tiba di kira-kira pukul 12.05 tengah hari disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan bertemu mata bersama penduduk kampung sebelum menikmati hidangan murtabak keju.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya ke Masjid Kampung Melayu Majidee di sini dan menurunkan tanda tangan sempenan lawatannya kali kedua selepas merasmikan pembukaan masjid tersebut pada tahun 1989.

Anwar menandatangani plak masjid sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, hari ini. – Foto RAJA JAAFAR ALI

Beliau dijangkakan menunaikan solat Jumaat dan khutbah akan disampaikan oleh Imam Mahathir Abdan sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

Terdahulu, Perdana Menteri ke-10 itu tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9.55 pagi.

Beliau kemudiannya ke Istana Bukit Serene, di sini untuk menghadap sembah serta kunjungan hormat ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI