fbpx

Profesor dipecat papar ‘gambar’ Nabi Muhammad dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN profesor itu dianggap tidak bertoleransi. - dagasansener via Getty Images

WASHINGTON – Seorang profesor seni liberal di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) dipecat selepas pelajar-pelajar Muslim mengadu beliau telah memaparkan gambaran Nabi Muhammad semasa kelas seni Islam, lapor saluran televisyen Fox News.

Profesor Universiti Hamline di St. Paul itu mencetuskan kemarahan ahli Persatuan Pelajar Islam pada Oktober lalu kerana memaparkan lukisan yang kononnya menggambarkan Nabi Muhammad dari tahun 1300-an hingga 1500-an, demikian menurut laman berita Hamline Oracle.

Presiden Persatuan Pelajar Islam, Aram Wedatalla memberitahu pentadbir universiti mengenai kejadian itu sehari selepas ia berlaku.

“Saya seperti, ini tidak benar. Sebagai seorang Muslim dan lelaki berkulit hitam, saya rasa tidak tergolong dan tidak dihargai sebagai ahli dalam sesebuah komuniti apabila mereka tidak menunjukkan penghormatan sama yang telah saya berikan,” kata Wedatalla.

Naib presiden bersekutu kecemerlangan inklusif Universiti Hamline, David Everett telah menghantar e-mel kepada pelajar dan menggambarkan kejadian itu sebagai ‘tidak bertimbang rasa, tidak menghormati dan Islamofobia’.

Beliau juga berkata bahawa profesor terbabit telah dipecat.

“Sebagai solusi kepada kejadian ini, telah diputuskan sebaik-baiknya bahawa ahli fakulti ini (profesor) bukan lagi sebahagian daripada komuniti Hamline,” tulis Everett.

Pentadbir universiti akhirnya menentukan bahawa perbuatan profesor itu adalah ‘tindakan yang tidak bertoleransi’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI