fbpx

Mahkamah: Kenyataan akhbar berdasarkan fakta – Badan Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Badan Peguam Malaysia menegaskan, kenyataan akhbar berhubung pengendalikan rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd., diterbitkan berlandaskan fakta yang benar dan ungkapan berpatutan melibatkan kepentingan awam.

Badan itu dan Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn berpendirian, kata-kata dalam kenyataan akhbar tersebut menyentuh subjek rayuan yang berkaitan isu-isu pentadbiran keadilan dan tahap profesion undang-undang di negara ini.

Kedua-dua defendan menyatakan, sekiranya kata – kata yang diadu dalam kenyataan akhbar tersebut mempunyai makna fitnah (yang mana adalah dinafikan), ia telah diterbitkan dalam keadaan perlindungan bersyarat.

Badan Peguam Malaysia dan Presidennya menyatakan demikian dalam pembelaan yang difailkan pada 7 November lalu berhubung saman yang dikemukakan oleh tiga peguam berkaitan pengendalikan rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Defendan-defendan turut mengemukakan permohonan untuk membatalkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 September lalu.

Mereka ialah Datuk Mohd. Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam menyaman kedua-dua defendan berhubung kenyataan memfitnah yang mendakwa mereka menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan ketika mengendalikan rayuan akhir bekas Perdana Menteri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI