fbpx

Jangan sampai cakap ‘Merry Christmas’ – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – Selepas Che Ta, pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz pula tampil menegur secara baik mana-mana orang Islam yang tanpa rasa bersalah mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada penganut Kristian sempena perayaan tersebut.

Bukan berlagak baik tetapi sekadar mengingatkan sesama Muslim, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, ucapan tersebut tidak sepatutnya diungkapkan orang Muslim memandangkan tindakan sebegitu satu yang dilarang dalam agama.

“Mungkin ramai yang tidak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan Disember bila kalian ucapkan ‘Merry Christmas’ kepada sesiapa, atau memuat naik ataupun ucapan buat kawan bukan beragama Islam.

“Kalian sedar atau tidak yang tindakan tersebut adalah sangat-sangat dilarang Allah.

“Hal ini kerana, kalau kita ucapkan ‘Merry Christmas’ maksudnya, engkau terima kepercayaan mereka di mana Nabi Isa adalah anak kepada Allah,” katanya menerusi satu muat naik video dalam TikTok.

@therealaaronaziz

Sekadar teguran buat kalian…mungkin tak sengaja atau dah jadi kebiasaan. Saya hanya nak yg Terbaik utk anda semua… #f #fy #fyp #fypシ #fypage #aaronaziz

♬ original sound – aaron aziz – aaron aziz

Aaron, 46, menjelaskan, sekiranya sekadar nak ucap selamat tahun baharu, tidak menjadi satu masalah.

“Sekadar nak ucap selamat tahun baharu atau season greeting (ucapan perayaan) okey, tapi jangan sampai cakap ‘Merry Christmas’.

“Itu bukan cara kita sebagai seorang Muslim. Itu sahaja nak kongsi sebab mungkin ramai yang tidak sedar,” ujarnya.

Menerusi kapsyen video terbabit, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut memohon maaf sekiranya tegurannya mengguris hati mana-mana pihak.

“Minta maaf kalau teguran saya ini mengguris hati sesiapa. Sekadar teguran buat kalian. Mungkin tak sengaja atau dah jadi kebiasaan. Saya hanya nak yang terbaik buat kalian,” coretnya.

Terdahulu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar turut melahirkan kerisauan dengan menegur secara rawak mana-mana orang Melayu beragama Islam yang seperti lebih sudu daripada kuah menyambut perayaan Krismas berbanding penganut agama tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI