fbpx

Ismail Sabri bangga bahasa Melayu diguna di negara asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara papan tanda di Korea Selatan yang mula menggunakan bahasa Melayu.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan perasaan bangga apabila bahasa Melayu digunakan oleh negara asing seperti Korea Selatan baru-baru ini.

Ismail dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, impian serta cita-citanya mahu mengantarabangsakan bahasa Melayu nampaknya sudah mula membuahkan hasil.

Beliau berkata demikian susulan laporan media mengenai Korea Selatan yang mula menggunakan bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda di sesetengah lokasi tumpuan bagi memberi kemudahan kepada pelancong.

“Saya serta pejuang bahasa Melayu akan terus memperjuangkan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan atas usaha ini dan menganggap ianya sebuah pengiktirafan kerajaan Korea Selatan kepada Malaysia dalam memartabatkan bahasa Melayu,” katanya di sini hari ini.

Ismail Sabri sebelum ini pernah berucap menggunakan bahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77 yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI