fbpx

Fatin Afeefa selamat berkahwin, kini isteri jutawan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut pelakon jelita Fatin Afeefa dikhabarkan selamat bernikah dengan seorang lelaki berstatus jutawan bernama Aliff Awang.

Majlis pernikahan baru sahaja diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Menurut sumber, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

FATIN bernikah kira-kira pukul 8.40 malam tadi di sebuah majlis bertempat di Subang Jaya, Selangor.

Berita perkahwinan mengejut tersebut turut dikongsikan jurusolek ternama tanah air, Datuk Alha Alfa yang bertindak mengoles atau mencantikkan pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Tentang Bulan itu.

“Fatin Afeefa, congrats dear,” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Sementara itu menerusi entri berbeza, Alha turut berkongsi sekeping foto Fatin yang jelita selepas mendapatkan sentuhan magis solekannya.

“Terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin tidak memuat naik sebarang perkongsian atau berkongsi tentang hari bahagianya itu.

Bulan lalu, Fatin, 28, sepertinya memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang namun tiada perincian lanjut.

Sebagai info, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, daripada perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Adam, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI