fbpx

Bank Rakyat lanjut tawaran keuntungan 2.15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat melanjutkan tempoh tawaran kadar keuntungan serendah 2.15 peratus setahun menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i sehingga 31 Januari 2023.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, langkah ini diambil ekoran sambutan menggalakkan daripada orang ramai berikutan kadar promosi yang jauh lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Tawaran yang bermula sejak 1 Disember lalu, terbuka kepada pelanggan yang melanggan akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat tanpa syarat minimum jumlah pembiayaan.

Orang ramai serta pelanggan sedia ada turut berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berjumlah lebih RM370,000 berupa dua buah kereta Honda HRV, dua buah motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14.

“Bank Rakyat berharap dapat membantu mengurangkan komitmen ansuran bulanan pelanggan, sekali gus meningkatkan aliran tunai peribadi serta kapasiti perbelanjaan dan simpanan mereka.

“Pada masa sama, kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak turut berpeluang menikmati promosi Kad Kredit-i dengan keuntungan antara yang terendah di pasaran iaitu 8 peratus setahun bergantung kepada baki belum jelas bulanan pelanggan,” katanya.

Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i yang ditawarkan antaranya tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma atas jumlah baki belum jelas.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan promosi yang ditawarkan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran atau layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 dan ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI