fbpx

Anak tak menangis tengok kadbod gambar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik oleh @iskandarAriffin memaparkan kanak-kanak gembira bermain dengan pemantauan 'ibunya'.

PETALING JAYA – Seorang ayah di negara Jepun tekad mencetak kadbod yang menyerupai isterinya demi memastikan anak mereka tidak menangis sewaktu berjauhan daripada ibunya.

Situasi itu dikongsi seorang pengguna Twitter, @Iskandar Ariffin yang memuat naik gambar menunjukkan seorang kanak-kanak seakan-akan berada di bawah pengawasan ‘ibunya’ yang sebenarnya merupakan gambar yang ditampal di kadbod.

“Idea yang bijak. Jika hendak pergi kemana-mana pun, tidak perlu risau kerana ada orang yang akan menjaga rumah,” ciap seorang netizen, @puterasyah272.

“Ini adalah salah satu cara yang efektif untuk memenuhi keperluan bayi yang tidak boleh berjauhan daripada ibunya,” tulis seorang netizen lain, @aqilahdua.

“Ayah dia sangat bijak mencari cara kreatif untuk memastikan anaknya tidak menangis,” ciap pengguna lain, @saizur4.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen berpendapat kadbod yang menyerupai manusia itu sebagai sesuatu yang menyeramkan.

“Tiba-tiba tengah malam nanti, kadbod itu bergerak sendiri. Risau,” kata seorang pengguna, @OhAyie77.

“Benda sebegini, masa siang saja seronok. Apabila tiba waktu malam, berdiri juga bulu roma,’ ciap pengguna lain, @MuhdSabil22.

Seorang pengguna lain,@afarefabadi berkata, dia juga pernah menggunakan cara sama sewaktu adiknya masih bayi dan ia berkesan.

“Tiap kali adik menangis dan enggan berhenti walau sudah dipujuk, saya juga meletakkan gambar emak di telefon dan tunjuk kepadanya,” ujarnya.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 1,502 ciap semula, 4,692 tanda suka dan 268,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI