fbpx

TM tamat sewa ibu pejabat, pemegang sukuk diambang kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara TM di Bangsar.

PETALING JAYA- Keputusan Telekom Malaysia (TM) menamatkan sebahagian besar sewaan bangunan di ibu pejabat syarikat itu di Bangsar, Kuala Lumpur dilihat memberi impak kerugian kepada pemegang sukuk Menara ABS.

Antara pemegang sukuk yang terjejas susulan langkah itu antaranya institusi pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut sumber industri, kerugian dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit itu bakal memberi kesan kepada ahli-ahli KWSP selain pendeposit TH.

“KWSP mungkin tidak begitu terkesan kerana ini bukan pelaburan yang besar bagi mereka tetapi keadaan itu akan memberi kesan kepada TH dan jutaan pendepositnya,” katanya.

TM dan anak syarikatnya kini hanya akan menyewa kira-kira 10 peratus ruang pejabat Menara TM di mana ia menyaksikan penurunan yang ketara daripada 70 peratus sebelum ini.

Pelaburan KWSP dan TH dalam sukuk Menara ABS pada 2008 merupakan detik bersejarah kepada TM yang memerlukan dana untuk projek internet jalur lebar dikenali sebagai Unifi.

Melalui sukuk Menara ABS yang bersandarkan aset hartanah Menara TM dan beberapa hartanah lain, TM mengumpulkan kira-kira RM1 bilion untuk projek Internet jalur lebar.

Bagaimanapun, apabila sukuk sudah hampir matang pada awal tahun depan, TM mengambil keputusan untuk tidak membeli semula hartanah dibawah sukuk Menara ABS selain berpindah dari ibu pejabatnya.

Keputusan itu bakal mengakibatkan kerugian kepada institusi pelaburan negara dalam keadaan pasaran pelaburan yang amat mencabar.

Pada masa yang sama, TM telah mengumumkan keuntungan bersih RM983.1 juta untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2022, naik lebih 20 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI