fbpx

Seo In-young umum kahwin Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO IN-YOUNG

GENAP usia 38 tahun pada September lalu, pelakon handalan, Seo In-young kini bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak agensinya Think Entertainment pada 26 Disember lalu.

Pihak Think Entertainment mengesahkan bahawa pelakon juga penyanyi itu merancang untuk mengikat tali perkahwinan pada Februari tahun hadapan.

“Seo In-young akan menamatkan zaman perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang bukan daripada kalangan selebriti.

“Mereka merancang berkahwin pada 26 Februari 2023 di Hotel Namsan yang terletak di Myeongdong.

Untuk menghormati pengantin lelaki, pasangan itu hanya akan melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI