fbpx

Rumah dipecah masuk, nak buat kad pengenalan pula kena bayar RM265

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmat menunjukkan laporan polis namun tetap dikenakan bayaran kompaun sebanyak RM265 untuk mendapatkan semula kad pengenalan baharu oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

KLUANG – Seorang pesara kerajaan terpaksa menerima malang berganda apabila bukan sahaja rumahnya di Taman Sri Lambak di sini dipecah masuk pencuri malah perlu membayar RM265 jika ingin membuat kad pengenalan baharu.

Menurut pesara yang hanya mahu dikenal sebagai Rahmat, 53, berkata, kejadian itu disedari pada pukul 6.30 pagi semalam, selepas bangun untuk menguruskan diri termasuk solat subuh.

Menurutnya, antara barangan yang hilang ialah dompet berisi wang tunai, kad bank, kad pengenalan serta beberapa barangan berharga yang lain dan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM1,000.

“Susulan kejadian itu, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dalam pukul 11 pagi hari yang sama.

“Selepas buat repot polis, saya terus ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kluang bagi membuat kad pengelanan yang dilaporkan hilang itu akibat dicuri penjenayah.

“Namun apa yang mengecewakan saya, pegawai di kaunter memaklumkan kecuaian saya kerana tidak mengunci pintu rumah menyebabkan pencuri masuk merupakan bukan jenayah dan perlu membayar RM265,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rahmat berkata, tidak ada mana-mana manusia di dunia ini yang mahu barang-barang peribadi milknya dicuri apatah lagi melibatkan kad pengenalan atau dokumen penting.

Jelas pesara tentera itu, dia pernah membuat kad pengenalan baharu pada 2017 kerana tercicir ketika membeli barang-barang keperluan dapur di Pasar Awam Kluang di sini.

Menurutnya, bayaran RM265 itu akan dipenuhinya dalam masa terdekat ini namun memohon kerajaan menimbang semula ketetapan seperti ini kerana terlalu membebankan khususnya kepada golongan B40 sepertinya.

Ujarnya, apa yang diminta oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu akan dipatuhinya sebagai menghormati ketetapan kerajaan walaupun terpaksa menabung sedikit demi sedikit dan dalam tempoh yang agak panjang untuk membolehkannya mendapatkan semula kad pengenalan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI