fbpx

[VIDEO] Penumpang herdik staf syarikat penerbangan dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikap biadap pelanggan yang menyerang staf sebuah syarikat penerbangan mengundang kecaman netizen.

PETALING JAYA – Tindakan biadap seorang pelanggan sebuah syarikat penerbangan yang menyerang dan mengherdik staf khidmat pelanggan mengundang kecaman netizen.

Perkongsian Yana Othman di TikTok itu memaparkan tindakan tidak bermoral pelanggan berbaju putih tersebut namun dibalas oleh staf lain yang enggan melayan permintaannya.

“Itu masalah anda, bukan masalah kami,” kata staf berkenaan menerusi video berdurasi 40 minit yang dimuat naik di media sosial itu.

Sehubungan itu, sikap biadap wanita yang didakwa pelancong luar itu turut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan dia tidak beradab.

“Syabas akak. Jangan bagi muka hanya kerana mereka memiliki darjat dan duit,” kata seorang pengguna TikTok,” @imdccu.

“Penumpang ini mengamuk kerana dia tidak boleh menaiki kapal terbang disebabkan positif Covid-19. Tetapi dia tetap berkeras juga. Dia juga warga asing dan bukannya berasal dari Malaysia. Sebab itu perlu berbahasa Inggeris kepadanya,” tulis seorang netizen, @_nur.hrn.

“Hanya mereka yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan saja yang faham situasi ini. Kadang-kadang baran juga, tetapi terpaksa bersabar saja,” komen seorang lagi pengguna, @atqhhbl.

Seorang pengguna lain, Yahyah Anje berkata, mereka sudah meminta staf yang tercedera akibat diserang itu untuk membuat laporan polis menggunakan laporan daripada doktor dan menyaman pelanggan tersebut.

Hantaran tular itu telah meraih sebanyak 169,600 tanda suka dan 4,000,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI