fbpx

Penduduk panik harimau bintang mengamuk dalam kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau bintang melompat ke arah sebuah kenderaan di sebuah kampung kecil di negeri Assam. - Daily Star

NEW DELHI – Seekor harimau bintang mengamuk di sebuah perkampungan kecil di India dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang ketika mencari makanan, lapor akhbar Daily Star.

Haiwan itu berkeliaran di perkampungan dalam negeri Assam, timur laut India Isnin lalu dengan menyerang 10 penduduk di Institut Penyelidikan Hutan Hujan di Chenijan.

Ia juga menyerang beberapa kakitangan pekerja kerana kelaparan.

Seorang lelaki, Ranjit Konwar dari institut itu memberitahu media tempatan: “Harimau bintang itu menyerang dua pegawai hutan pada waktu pagi. Haiwan itu menjadi sangat agresif dan kami telah meletakkan perangkap di dalam kampus untuk menangkapnya.”

Semua usaha untuk menangkap harimau bintang itu tidak berjaya dan rakaman video yang diambil oleh penduduk tempatan menunjukkan kawasan itu menjadi huru-hara.

Satu lagi rakaman video menunjukkan haiwan itu melompat ke atas pintu pagar tinggi dan merempuh sebuah kenderaan sebelum berlari ke arah lain. 

Antara yang cedera ialah dua kanak-kanak dan seorang wanita, lapor Times of India. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI