fbpx
LEE SEUNG-GI

Lee Seung-gi lawan majikan ‘jahat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGALAMAN masuk ke industri hiburan Korea Selatan sejak 2004 telah melatih selebriti serba boleh Lee Seung-gi untuk matang menggauli karier seni sehingga kini.

Semuanya tampak sempurna, namun sejak awal Disember tahun ini, penyanyi yang dikenali menerusi program 1 Night 2 Days itu menjadi bualan hangat akibat masalah dengan bekas agensinya, Hook Entertainment.

Masalah tersebut menjadi lebih besar selepas pelantun I Love You From Now On itu membuat keputusan ‘angkat kaki’ daripada Hook Entertainment yang menjadi agensinya sejak awal karier.

Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan jumlah bayaran dan keuntungan yang didakwa belum dibayar pihak terbabit kepadanya.

Tidak ingin memperbesar isu, Hook Entertainment bertindak untuk membuat pembayaran 5.4 bilion won (RM18 juta) kepada Seung-gi, namun wang tersebut disumbangkan Seung-gi kepada golongan memerlukan.

“Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan menderma keseluruhan jumlah tersebut tidak kira berapa jumlah tunggakkan kecuali untuk tuntutan bayaran mahkamah.

Lee Seung-gi menarik perhatian apabila bertegas dengan tindakan melawan ketamakan majikan yang sudah 18 tahun mengaut keuntungan hasil titik peluhnya.

“Jika wang tersebut boleh digunakan untuk orang lain yang lebih susah, saya dapat rasakan kebahagiaan lebih daripada nilai yang diterima.

“Mereka mungkin berpendapat saya hanya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapat bayaran, namun bagi saya hasil titik peluh seseorang tidak boleh digunakan secara tidak adil atas ketamakan orang lain,” ujar Seung-gi dalam sebuah entri Instagram.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguamnya pada 22 Disember lalu, Seung-gi turut memfailkan saman terhadap pengarah dan bekas pengarah syarikat terbabit.

Tambah wakilnya pada November lalu, selebriti berusia 35 tahun itu tidak menerima sebarang bayaran daripada agensinya Hook Entertainment walaupun telah mengeluarkan sebanyak 137 lagu sejak ‘debut’ pada 2004.

AKTOR Vagabound itu mahu menyumbangkan wang yang diterima daripada Hook Entertainment kepada golongan yang memerlukan.

Penjelasan

“Seperti yang dilaporkan, Hook Entertainment telah menyembunyikan kebenaran mengenai keuntungan daripada lagu Seung-gi sepanjang tempoh 18 tahun dan masih tidak membuat pembayaran

“Berkenaan isu ini, kami telah menyaman Ketua Eksekutif Hook Entertainment, Kwon Jin-young dan pengarah eksekutifnya atas melanggar akta undang-undang jenayah ekonomi tertentu penyelewengan dan penipuan,” ujar wakil peguam Seung-gi.

Bukan sahaja gagal membuat pembayaran hasil keuntungan penjualan muzik, wakil peguam Seung-gi memaklumkan bahawa Hook Entertainment juga menyeleweng wang diperoleh menerusi kerja-kerja sebagai model iklan.

“Seung-gi mengetahui mereka tidak membayar sekitar 10 peratus wang komisyen.

“Hakikatnya pengarah terdahulu dan kini tidak memberikan kepada syarikat pengiklanan sebaliknya berkongsi sebahagian keuntungan tersebut untuk kepentingan sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu, wakil peguamnya menjelaskan bahawa mereka tidak tahu tujuan pembayaran yang dilakukan oleh pihak Hook Entertainment kepada Seung-gi dan masih meneruskan kes tersebut ke muka pengadilan.

TIDAK menerima sebarang hasil keuntungan atas penjualan muzik sepanjang tempoh 18 tahun, Seung-gi mengambil langkah menyaman Hook Entertainment

“Jumlah bayaran sebanyak RM18 juta yang dihantar oleh pihak Hook Entertainment telah mengelirukan Seung-gi kerana tidak tahu atas dasar apa dan nilai tersebut berbeza dengan jumlah sepatutnya dibayar.

“Oleh itu, dia akan menjawab tuntutan atas ketiadaan hutang dan memfailkan tuntutan balas menuntut bayaran yang belum dibayar kepada lagu dan ganti rugi untuk aktiviti tidak bertanggungjawab mereka,” tutupnya.

Aktor itu juga memberitahu akan membawa kes mahkamah bukan kerana nilai wang tetapi ingin mendapatkan semula hak selepas tidak menerima sebarang bayaran daripada syarikat atas keuntungan hasil penjualan muzik digitalnya.
Seperti harapkan pegar, pegar makan padi, itu yang berlaku kepada Seung-gi.

AKIBAT tindakan tegas yang diambil, Seung-gi turut menerima permohonan maaf daripada bekas majikannya yang tidak bertanggungjawab.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN