fbpx

‘Jangan sampai ada yang kena hempap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan jalan raya yang dipenuhi ranting dari sebuah pokok besar yang hanya menunggu masa untuk tumbang di Kampung Perigi Jernih, Rembau semalam.

REMBAU – Kira-kira 300 penduduk di Kampung Perigi Jernih di sini terpaksa bergadai nyawa setiap hari apabila perlu melalui sebuah pokok besar berusia 100 tahun yang dibimbangi boleh tumbang pada bila-bila masa.

Penduduk mendakwa, pokok besar itu yang terletak di jalan utama untuk keluar masuk kampung berkenaan masih belum ditebang walaupun perkara itu sudah disuarakan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, banyak ranting sudah patah dan pokok itu pula hanya tunggu masa untuk tumbang terutama ketika angin kencang.

Penasihat Surau Nur Hidayah Kampung Perigi Jernih, Mejar (Bersara), Md Rathi Ahmad, 75, berkata, dia sudah menyelesaikan banyak perkara seperti yang dituntut pihak berkaitan terma­suklah mendapatkan persetujuan pemilik tanah untuk me­nebang pokok berkenaan.

“Di kampung ini ada sekitar 300 penduduk yang akan keluar masuk menggunakan laluan ini untuk ke Rembau mahupun ke Seremban. Keadaan pokok ini memang membimbangkan.

“Kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat menebang pokok besar ini bagi menge­lakkan kejadian tidak diingini berlaku terutamanya sekiranya membabitkan kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di Kampung Perigi Jernih di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Raziff Mansor, 49, berkata, masalah berkenaan sudah dalam pengetahuan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan mereka masih me­nunggu berita baik dari kerajaan bagi membolehkan pokok itu ditebang.

“Sebagai penduduk, memang kami bimbang sebab hari-hari guna jalan ini dan dapat dilihat ada ranting dan dahan jatuh ke jalan. Kita tidak mahu kejadian buruk berlaku.

“Sekiranya pokok ini tumbang, wayar serta tiang pasti akan tumbang juga serta menjejaskan penduduk.

“Lebih parah lagi jika tumbang dan mengenai penduduk, ia sa­ngat berbahaya dan sangat dikesali,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 25 Disember lalu melaporkan, seorang penunggang motosikal maut, manakala pembonceng cedera parah dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maa­rof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa Muhammad Ikram Mohd. Yazid berusia 21, yang ber­alamat di Jalan Kampung Perigi Jernih, Rembau maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI