fbpx

Hang-seo nafi pemain Vietnam main kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM AZMI (kanan) cuba merebut bola daripada pemain Vietnam, Doan Van Hau pada aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin. – FLASH SUKAN

KETUA jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo menafikan anak-anak buahnya bertindak kasar sepanjang perlawanan Piala AFF 2022 yang menyaksikan Naga Emas menewaskan Malaysia 3-0 pada aksi di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin.

Pada aksi tersebut, beberapa keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato telah dipertikaikan ramai pihak sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nguyen Van Toan dan Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah.

Menurut Hang-seo, apa yang terjadi sepanjang 90 minit perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan adalah perkara normal kerana bola sepak adalah sukan melibatkan sentuhan fizikal dan tiada kekasaran me­lampau yang berlaku.

“Secara peribadi, saya lihat Van Toan juga tidak sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua kerana kekasaran tersebut tidak disengajakan lebih-lebih lagi apabila bola sepak adalah sukan melibatkan sentuhan fizikal.

“Jika ada yang mengatakan pemain kami bertindak kasar, saya tidak bersetuju kerana bola sepak juga ada peraturannya dan jika mereka langgar peraturan tersebut, sudah pasti dihukum dengan diarahkan keluar padang.

“Apa yang pasti, selepas kami diarahkan beraksi dengan 10 pemain, pasukan terpaksa ubah cara taktikal dan kita berjaya meraih kemenangan selesa,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu menyeru agar barisan pemain melupakan segera keputusan ini dan fokus pada aksi ketiga menentang Singapura di tempat lawan nanti.

“Kita tidak boleh mendabik dada kerana masih belum mara ke pusingan separuh akhir sebaliknya saya mahu pemain fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dengan tumpuan kini diarahkan pada aksi menentang Singapura pada Jumaat nanti,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI