fbpx

Bau masakan, asap rokok antara aduan kacau ganggu jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan besi di pekarangan sebuah rumah di sekitar Klang yang telah menyebabkan kacau ganggu.

KLANG – Bau asap rokok dan masakan mungkin dianggap remeh namun adalah antara aduan kejiranan diterima di sekitar daerah ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, sebanyak 180 aduan diterima sepanjang Januari hingga November lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut sejumlah 163 aduan kejiranan atau 90.5 peratus berjaya diselesaikan pihaknya.

“Masalah kejiranan yang diterima adalah seperti halangan pasu bunga, bau masakan dan asap rokok, halangan kenderaan depan rumah, jemur baju atau kasut di tembok serta bermain alat muzik yang menimbulkan ketidakselesaan jiran.

“Walaupun aduan tersebut dianggap remeh tetapi kita hidup berjiran, pastikan kediaman terjaga, bersih, mesra dan sentiasa prihatin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MPK menjelaskan, pihaknya juga baru-baru ini telah membuat lawatan prihatin terhadap pemilik kediaman yang meletakkan besi-besi yang begitu banyak di halaman rumahnya.

Tambah MPK, pemilik rumah itu telah diberikan amaran lisan bagi tempoh 14 hari bermula 23 Disember lalu untuk membersihkan serta mengalihkan kesemua besi tersebut bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Kacau ganggu ini boleh mendatangkan bahaya kepada kejiranan kerana akan mengundang kepada pembiakan nyamuk, haiwan perosak dan berbisa seperti tikus dan ular.

“Sikap keprihatinan sangat penting dalam kontaks kejiranan bagi melahirkan hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti serta membolehkan penghuni dan komuniti setempat menjalankan kehidupan yang baik dan sempurna,” ujarnya.

MPK turut menegaskan semua maklumat yang dikongsi akan disemak dan disiasat oleh Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Korporat, MPK sebelum diambil tindakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI