fbpx

[VIDEO] Pelakon bawa Myvi sampai kekasih jatuh di MRR2 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular sebuah kereta jenis Perodua Myvi memandu secara merbahaya menyebabkan kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang semalam.

AMPANG JAYA – Seorang selebriti lelaki ditahan polis hari ini susulan video tular memandu kereta jenis Perodua Myvi secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang di sini.

Lebih mengejutkan, kemalangan yang berlaku semalam itu menyebabkan seorang wanita berusia 25 tahun tercampak keluar dari Myvi berkenaan selepas kereta itu berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang sebelum tular di media sosial hari ini.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 30 tahun secara tiba-tiba menukar lorong secara zig zag menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.

“Akibatnya, Myvi tersebut terlanggar bahagian sisi kiri sebuah MPV jenis Toyota Innova,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan Perodua Myvi tercampak keluar daripada kenderaannya dan mengalami kecederaan ringan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.

“Kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan telah membuat laporan petang tadi Dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu Myvi telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI