fbpx

Pengunjung mengeluh beratur lama beli tiket masuk Pusat Sains Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengunjung beratur panjang untuk membeli tiket masuk Pusat Sains Negara.

PETALING JAYA – Pengunjung Pusat Sains Negara (PSN) mengeluh apabila perlu beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket masuk.

Menurut satu hantaran salah seorang pengunjung PSN di Twitter, keadaan itu amat menyusahkan pengunjung terutama sekali bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.

Katanya, PSN sepatutnya memboleh pengunjung untuk membeli tiket secara dalam talian seperti yang dilaksanakan sebelum ini ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sampai sekarang tak faham kenapa PSN tak boleh tempah tiket online? Masa PKP boleh buat tapi kenapa sekarang dah tiada.

“Boleh semak harga saja, lihatlah panjang barisan ini,” ciapnya.

Menurut individu itu juga, dia perlu beratur lebih satu jam untuk mendapatkan tiket masuk ke PSN semalam.

Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai menggesa PSN untuk menambah baik perkhidmatan mereka bagi memudahkan pengunjung di masa akan datang.

“Pusat Sains tapi tak moden, dulu ramai mengeluh tak boleh guna QR Pay,” kata Adie.

“Kali terakhir pergi pertengahan tahun, tak terima tunai. Warung lagi canggih dari Pusat Sains,” kata Ridzwan.

“Ini betul. Kebanyakan orang yang pergi PSN ini bawa anak kecil sebab nak bagi anak-anak belajar dan terokai sains, tetapi sebelum dapat masuk memang ibu bapa kena layan kerenah anak-anak sebab perlu tunggu lama untuk beli tiket,” kata Syarifuddin.

Selain itu, orang ramai turut meminta Menteri Sains Teknologi, Chang Lih Kang untuk menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, Lih Kang pernah datang ke PSN bagi meninjau sendiri keadaan bangunan tersebut susulan aduan orang ramai mengenai kebocoran pada struktur bumbung ketika waktu hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI