fbpx

Lelaki Nepal ancam bunuh diri, bakar rumah berjaya dipujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Nepal ditahan selepas ugut cederakan diri dan memulakan kebakaran di sebuah rumah kedai, Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang. - IHSAN BOMBA

KAJANG – Sengaja memulakan kebakaran di dalam rumah dan mengancam membunuh diri dengan sebilah pisau, seorang lelaki warga Nepal berjaya ditenangkan bomba dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Hentian Kajang, Jalan Reko, di sini.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Sebanyak sembilan anggota lain-lain pangkat berserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

“Laporan awal mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai bangunan tiga tingkat terbakar 30 peratus di tingkat dua.

“Namun begitu, di dalam rumah tersebut terdapat seorang lelaki warga Nepal lingkungan 20-an memegang sebilah pisau dan mengancam untuk membunuh diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran tindakan lelaki tersebut, bomba berjaya memujuk mangsa dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN