fbpx

Isteri belasah suami selepas temui gambar bogel dalam telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barbour didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap suaminya. - Pusat Tahanan Al Cannon

COLUMBIA, Carolina Selatan – Trip percutian sepasang suami isteri ke negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat terpaksa dihentikan sebelum ia bermula apabila si isteri ditahan kerana menyerang suaminya di sebuah lapangan terbang selepas dia menemui gambar tidak senonoh pada telefon bimbit mangsa, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Paula Barbour, 55, didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap mangsa selepas konfrontasi ganas berlaku pada Rabu minggu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston, lapor stesen televisyen WCSC.

Polis bertindak balas terhadap insiden itu pada pukul 2.50 petang (waktu tempatan) dan mendapati pasangan tersebut sedang bertengkar selepas Barbour menemui gambar bogel pada telefon bimbit suaminya itu.

“Suspek menyatakan bahawa dia hanya mahu melarikan diri daripada mangsa dan pulang ke rumah,” demikian menurut laporan polis.

Barbour berkata, mereka tiba di Carolina Selatan untuk bercuti tetapi perasaannya bertukar marah apabila dia melihat beberapa gambar tidak senonoh pada telefon bimbit suaminya.

Mangsa bagaimanapun menafikan dia diserang tetapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang menunjukkan isterinya menendang kaki mangsa, membaling telefon ke lantai dan cuba memukul mukanya.

Suspek akhirnya mengaku menyerang mangsa dan dia ditahan serta dibawa ke Pusat Tahanan Al Cannon. Dia  dibebaskan sehari kemudian dengan ikan jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI