fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 17 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami dan isteri yang merupakan penduduk di Kampung Serongga, Pasir Mas menjemur kelengkapan rumah merekayang terjejas akibat banjir minggu lalu. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan ketika ini tinggal 17 orang daripada lima buah keluarga yang masih ditempatkan di sebuah pusat sementara (PPS) di Pasir Mas hari ini.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 39 mangsa daripada 12 keluarga pagi tadi.

Menurutnya, kesemua 17 mangsa yang masih terjejas itu merupakan penduduk di Pasir Mas.

“Mereka terdiri daripada lima buah keluarga yang berlindung di PPS Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh.

“PPS Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha yang menempatkan seramai 14 orang mangsa membabitkan tujuh buah keluarga ditutup sepenuhnya petang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hanif, paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir berada pada paras normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI