fbpx

Tipu disamun elak bayar denda Mykad hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 152 laporan palsu diterima polis di daerah Sentul bagi sepanjang tahun ini yang kebanyakkanya berkaitan kehilangan kad pengenalan diri (Mykad).

Pecahan laporan palsu tersebut juga melibatkan 146 berkaitan jenayah samun dan ragut manakala enam berkaitan kenderaan hilang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kebanyakkan laporan polis melibatkan individu yang kehilangan kad pengenalan diri (Mykad) dan ingin menuntut pampasan perlindungan insuran kenderaan.

“Hasil siasatan polis, individu yang membuat laporan palsu tentang kejadian ragut dan samun bertujuan mengelakkan diri mereka daripada dikenakan denda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Menurut peruntukan JPN, individu yang kehilangan Mykad perlu membayar denda kecuali kehilangan Mykad itu disebabkan perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, laporan palsu kehilangan kenderaan pula disebabkan pemilik kenderaan ingin membuat tuntutan palsu daripada syarikat perlindungan insuran walaupun kenderaan tersebut tidak hilang.

“Siasatan pihak polis mendapati, antara sebab pemilik kenderaan membuat laporan palsu antaranya ialah kenderaan terlibat dengan bencana banjir.

“Selain itu, segelintir pemilik juga menyatakan kenderaan miliknya telah hilang sedangkan telah dijual,” katanya.

Dalam pada itu, Eng Lai menjelaskan, terrdapat juga individu yang tidak mahu memulangkan kenderaan yang dipinjam lalu menjadikan alasan hilang bagi membolehkannya terus menggunakan kenderaan tersebut.

Sehubungan itu 152 kertas siasatan telah dibuka dan kesemuanya telah didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI