fbpx

Rumah kosong hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian sebuah rumah kosong tanpa pengguni hangus terbakar di Lorong Daud, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Sebuah rumah kosong tanpa pengguni hangus terbakar di Lorong Daud, Kampung Bharu, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.08 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Seramai 13 anggota lain-lain pangkat berserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

“Anggota bertugas yang tiba di lokasi kemudiannya mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit rumah kosong yang tidak berpenghuni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran hos enam pancutan.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan kejadian ini tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI