fbpx

Harimau Malaya mahu sentap ego Naga Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON percaya perlawanan paling sukar, namun Harimau Malaya bersedia merentap ego Vietnam pada aksi Piala AFF di Stadium My Dinh malam ini. – FAM

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon melaungkan amaran dan bersedia untuk me­rentap ego ‘orang tua’ pada aksi ketiga Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menentang Vietnam di Stadium My Dinh malam ini.

Dengan reputasi rakan sejawatnya, Park Hang Seo sebagai jurulatih dihormati di Korea Selatan dan kualiti yang dihadirkan ketika melakukan tranformasi kepada Vietnam, Pan-gon tidak rela menconteng arang ke muka sendiri, sekali gus tiga mata tetap jadi idamannya.

“Kami sudah beberapa kali berjumpa dan sebagai jurulatih, dia lebih senior daripada saya dan begitu dihormati di Korea Selatan. Saya bangga dapat bersaing dengannya.

“Jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk bersaing. Boleh jadi ini adalah perlawanan paling sukar, namun kami tidak takut apa-apa di depan kami,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Daripada rekod enam pertemuan lalu, skuad Naga Emas menjadi pasukan lebih baik, menang lima perlawanan dan catatkan satu keputusan seri 2-2 pada final pertama Piala AFF 2018.

Dalam perkembangan lain, Pan-gon juga tidak merasakan faktor cuaca akan beri kesan kepada Harimau Malaya memandangkan aksi dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca sejuk, mencecah 19 darjah Celsius.

Selain itu, Pan-gon juga sudah pun mengkaji kekuatan serta kelemahan Vietnam dan semua aspek sudah pun dimaklumkan kepada anak buahnya.

“Seperti kita tahu Vietnam pasukan terkuat di ASEAN, kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.

“Cuaca juga berbeza dengan Malaysia tetapi saya tidak fikir ia beri kesan kepada prestasi pasukan dan kami juga sudah bersedia untuk hadapi perlawanan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI