fbpx

Rumah peneroka di Felda Raja Alias 3 musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah peneroka di Felda Raja Alias 3 musnah selepas terlibat dalam kebakaran kira-kira pukul 4.22 petang tadi. IHSAN BOMBA

JEMPOL – Sebuah rumah peneroka di Felda Raja Alias 3, di sini musnah selepas terlibat dalam kebakaran kira-kira pukul 4.22 petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd. Hazreen Mohd. Zahar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut daripada jiran mangsa yang segera menghubungi balai.

Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol dan balai bantuan dari Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal dan ketika kejadian kesemua penghuni rumah tersebut tiada di rumah. Api berjaya dipadamkan pada pukul 5.30 petang.

“Dianggarkan rumah berkenaan terbakar sekitar 70 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Hazreen lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI