fbpx

Tanah runtuh:Fokus salur bantuan kepada mangsa, waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father‚'s Organic Farm, Hulu Selangor. Gambar fail

PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan segera bantuan kepada mangsa dan waris insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor sebaik mendapat data dan maklumat daripada agensi berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sedang mengumpulkan data dan maklumat berkenaan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah selesai, kini fokus adalah untuk pengurusan pasca bencana termasuk penyaluran bantuan kepada para mangsa dan ahli keluarga terlibat.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus selama sembilan hari.

“Walaupun insiden Batang Kali dalam kategori Tahap I yang dikendalikan JPBD Hulu Selangor, namun bantuan dan kerjasama datang daripada pelbagai pihak di peringkat pusat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata, rakyat masih perlu terus bersiap siaga kerana negara masih belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut 2022/2023.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI