fbpx

Ramai kecam penyokong buang sampah merata-rata di stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tempat duduk penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang penuh dengan sampah.

PETALING JAYA – “Main dah cantik, tapi perangai buang sampah merata-rata tak cantik”.

Itu antara reaksi netizen terhadap sikap sebahagian penyokong bola sepak negara yang meninggalkan bekas makanan serta minuman mereka selepas menonton Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Turut tular beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan stadium penuh dengan sampah sebaik sahaja perlawanan itu tamat.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan segelintir penyokong bola sepak yang meninggalkan stadium dalam keadaan kotor.

“Orang Jepun kalau nampak ini semua mereka kutip, mentaliti kita masih jauh,” kata Ted.

“Macam mana nak maju kalau buang sampah pun merata lagi. Jauh lagi Malaysia nak jadi mcm Jepun,” kata Chetom.

“Mentaliti ‘tak apa nanti ada orang kutipkan, dia dah bayar gaji’ haruslah dihapuskan,” kata Zakri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI