fbpx

Petugas taman hidupan liar maut diserang gajah pygmy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PENAMPANG – Seorang petugas Taman Hidupan Liar, Lok Kawi berusia 46 tahun maut diserang seekor gajah pygmy dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lelaki berkenaan parah di bahagian dada serta perut akibat diserang haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan tugas rutin memberi makan dan membersihkan anak gajah berkenaan.

“Namun seekor gajah dewasa secara tiba-tiba telah menyerang mangsa ketika sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

“Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kesihatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd. Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI