fbpx

Nadia Brian bengang, imej seksi lebih diperhatikan, karier tak dipedulikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia Brian.

PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian seolah-olah muak apabila penampilan seksinya sering menjadi perhatian sehingga dijadikan tajuk dalam sesebuah artikel hiburan.

Lebih membuatkan pelakon berusia 31 itu kesal apabila kerja kerasnya selama ini untuk membina nama sebagai pelakon jarang diberi perhatian berbanding imej seksinya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Instagramnya, pelakon itu mengakui terkilan apabila sekali lagi penampilannya menjadi bahan berita.

“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita?

“Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberikan sokongan dan kasih sayang buatnya.

“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat meminta untuk pelakon itu bersabar dan berjanji akan sentiasa ada untuk menyokong karier seninya.

Bahkan, ada netizen mengakui meminati Nadia bukan kerana imej seksi, tetapi kerana bakat dan kecantikan pelakon terbabit.

“Kita minat awak Nadia Brian. Cantik, peramah dengan peminat. Yang penting kita suka lakonan awak,” ujar seorang peminatnya.

“Sabarlah awak. Kita suka lakonan awak, tapi tak berapa gemar fasyen awak. Dua aspek berbeza,” ujar seorang lagi peminatnya.

“Abaikan. Asalkan awak gembira sudah,” pujuk seorang peminatnya.

Semalam Nadia mengejutkan ramai pihak apabila berani tampil berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan bahagian dada dan pinggangnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Nadia menggayakan busana putih diperbuat daripada kain renda yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan.

Lebih mengejutkan apabila Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran Sheik yang berlangsung malam semalam di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Nadia pernah memberitahu Kosmo! Online bahawa dia tidak pernah berasa dirinya seksi namun perkara itu boleh diibaratkan sebagai transisi kematangannya sebagai seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI