fbpx

Malaysia dipandang tinggi di Palestin – Nadir Al-Nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad NADIR AL_NURI (kiri) ketika berkunjung di pejabat Media Mulia di Petaling Jaya kelmarin.

PETALING JAYA – Penduduk di bumi Palestin memandang tinggi Malaysia atas kemurahan hati rakyat negara ini yang telah banyak menyalurkan sumbangan dan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan kepada mereka.

Aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menetap di Semenanjung Gaza berkata, sewaktu mula tiba di Gaza, dia terpaksa menyusun jadual bagi memenuhi undangan-undangan penduduk di sana.

“Walaupun kita bukanlah negara yang paling banyak me­nyalurkan bantuan, tetapi kita adalah antara negara yang paling banyak memberikan sumbangan dana yang dikumpulkan daripada rakyat sendiri,” katanya kepada Kosmo! Ahad ketika me­ngunjungi Ibu Pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. di sini kelmarin.

Menurutnya, nilai dana yang diterima bergantung kepada jumlah yang dikutip oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga berdasarkan isu semasa atau tragedi yang berlaku.

Katanya, Persatuan Cinta Gaza telah berjaya mengutip dana kira-kira RM40 juta ketika berlakunya peperangan pada tahun lalu yang mendapat liputan luas daripada masyarakat antarabangsa.

“Alhamdulillah kerana Persatuan Cinta Gaza telah diberi kepercayaan mengurus jumlah wang sebesar itu. Sebahagian besar daripada wang tersebut telah disalurkan kepada Palestin.

“Ia bagi melaksanakan projek-projek mampan jangka masa panjang termasuklah membaik pulih bangunan utama yang terkesan akibat pepera­ngan,” ujarnya.

Tambahnya, ketika pepera­ngan tercetus itu, negara-negara lain tidak berani untuk membantu kecuali Malaysia yang menjadi negara pertama telah membaik pulih bangunan separa rosak sebelum diikuti negara-negara lain.

Mengulas situasi terkini di Gaza, beliau berkata, keadaan di Gaza ketika ini tidak banyak berubah berbanding 10 tahun lalu sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki di tanah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, situa­si kini semakin buruk berban­ding sebelum ini dengan pelbagai pergelutan berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa.

“Pergelutan berlaku di Tebing Barat Palestin hasil daripada kebangkitan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka de­ngan gelaran, The Lions’ Den.

“The Lions’ Den merupakan sebuah kumpulan pejuang yang tidak memiliki kecenderungan untuk menyertai atau berpihak kepada mana-mana kumpulan sedia ada di bumi Palestin serta telah diterima baik oleh rakyat di bumi itu,” jelasnya.

Katanya, selepas kebangkitan mereka yang bermula pada hujung September lalu, setiap ­minggu akan ada pejuang terkorban.

“Dianggarkan sebanyak 263 orang jumlah syuhada bagi sepanjang tahun ini dan seba­nyak 45 orang dilaporkan dalam dua ke tiga bulan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI