fbpx

Lapan tahun diuji panas baran suami – Lisdawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS 15 tahun hidup bersama, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mencapai keharmonian dalam rumah tangga mereka dengan mementingkan cara berkomunikasi ketika berdepan sesuatu masalah.

ADAT bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti melalui fasa pasang surut dalam hubungan.

Perbalahan yang terjadi adakalanya menjadi ‘pemanis’ untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dalam menelusuri alam perkahwinan secara matang.

Dramatis jelita Lisdawati bersyukur perkahwinannya bersama suami iaitu pelakon Fauzi Nawawi yang meniti usia 15 tahun kekal harmoni, walaupun berdepan cabaran mempertahankan keutuhan mahligai yang dibina.

Ujar pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin itu, bohong jika tidak berdepan ujian demi mengekalkan perkahwinannya, lebih-lebih lagi untuk menangani sikap ‘panas’ suami tersayang.

Pertemuan Pose dengan Lisdawati ketika meraikan majlis ‘persandingan semula’ mereka baru-baru ini menyingkap rahsia keharmonian rumah tangganya bersama Fauzi.

“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat ‘panas’ (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya,” kata selebriti berusia 44 tahun itu.

SUAMI isteri ini merakam semula foto perkahwinan mereka kerana mahukan gambar yang menutup aurat.

Kongsi pelakon filem KL Menjerit itu lagi, lapan tahun pertama usia perkahwinannya, kesabarannya teruji apabila perlu bersabar menangani sikap panas baran Fauzi.

“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah.

“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang.

“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” katanya.

Disoal tentang pendekatan yang diambil jika berlaku salah faham, Lisdawati memilih untuk berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka.

Menjadi ibu kepada sembilan orang anak termasuk empat hasil perkahwinan pertama Fauzi serta seorang anak angkat, Lisdawati seboleh-bolehnya mengelak daripada berbincang secara berdepan kerana bimbang akan berlaku pertikaman lidah.

“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.

“Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.

“Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan,” ujar nenek kepada dua orang cucu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI