fbpx

Insiden tembakan rambang: Warga Malaysia di Paris diminta berwaspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANSERI Kedutaan Besar Malaysia di Paris

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Paris menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sekitar ibu kota Perancis itu agar lebih berwaspada susulan insiden buruk yang meletus.

Hantaran mengenai nasihat perjalanan tersebut turut dihebahkan menerusi laman sosial rasmi pejabat misi diplomatik berkenaan dalam bahasa Melayu dan Inggeris awal hari ini.

“Sehubungan kejadian berlaku di Paris, warga Malaysia yang berada di sini dinasihatkan supaya berhati-hati. Sila elakkan berada di kawasan demonstrasi dan rusuhan,” katanya.

Dianggarkan terdapat sejumlah lebih 1,000 rakyat Malaysia yang menetap di seluruh Perancis sama ada bekerja atau belajar di pelbagai pusat pengajian tinggi di negara Eropah itu.

Mengulas lanjut katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Perancis boleh menghubungi talian kecemasan pejabat kedutaan besar itu menerusi +336 3244 6571.

Misi diplomatik itu yang terletak di No.2, Bis Rue Benouville turut boleh dihubungi melalui e-mel rasmi [email protected] atau [email protected] bagi urusan konsular.

Kelmarin, seorang lelaki bersenjata pelampau kulit putih warga tempatan berusia 69 tahun mengamuk dengan melepaskan tembakan rambang di dua lokasi berbeza di tengah Paris.

Suspek merupakan pesara pemandu kereta api milik kerajaan dan hanya dikenali sebagai William telah berjaya membunuh tiga individu selain mencederakan tiga orang awam lain.

Situasi tegang itu menyaksikan pihak polis memperketatkan kawalan di kesemua premis ada kaitan etnik Kurdish dan juga kepentingan Turkiye di sekitar Paris menjelang Krismas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI