fbpx

Dua nyaris maut, kereta terjunam tingkat tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok di tingkat tiga sebelum terjunam ke tingkat dua di kompleks beli belah di Asia City hari ini. IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tembok di tingkat tiga kompleks beli belah di Asia City hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 30 tahun mengalami cedera ringan apabila kereta dinaiki terjunam ke tingkat dua.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.56 pagi sebelum sepasukan bomba bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Laporan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas di tingkat tiga tempat letak kereta lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat dua.

“Terdapat dua mangsa dan mereka keluar sendiri daripada kereta berkenaan dan mengalami cedera ringan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.59 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI