fbpx

Tanah runtuh: SAR baki 1 mangsa masuk hari kesembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit K9 antara pasukan SAR yang digerakkan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, hari ini. IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki diteruskan pada hari kesembilan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi SAR akan ditumpukan di Sektor A (Hillview) yang dijangkakan lokasi terakhir mangsa berada.

“Pada pukul 7.30 pagi tadi, pasukan pemantau (recce) memulakan penilaian struktur tanah dan keadaan di lokasi pencarian utama.

“Selesai memantau, Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan membuat pengesanan di sektor yang terlibat sebelum pasukan SAR memulakan operasi pencarian mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, seramai 80 anggota yang terdiri daripada 27 dari JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (25), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) (tiga) dikerahkan dalam operasi SAR yang bermula pukul 8 pagi tadi.

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan berlakunya tragedi tanah runtuh di tepi jalan berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm sehingga menimbuskan sejumlah besar kawasan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan lapan ekar menimbus sebahagian besar daripada 94 orang peserta perkhemahan yang sedang tidur ketika kejadian berlaku.

Setakat ini, jumlah mangsa yang selamat adalah 14 pekerja ladang dan 47 peserta tapak perkhemahan tersebut.

Sementara itu, 30 orang direkodkan meninggal dunia melibatkan enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan, 14 wanita manakala enam lelaki. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI