fbpx

Piala AFF: ‘Tsunami gol’ di SNBJ, Malaysia belasah Laos 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sergio Aguero meraikan jaringan yang dilakukan bersama kapten skuad kebangsaan, Safawi Rasid. - Foto oleh FAM

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya melunaskan ‘janji’ dengan mempamerkan corak permainan lebih bertenaga selepas berjaya menewaskan Laos 5-0 pada aksi kedua Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding ketika menewaskan Myanmar 1-0 pada Rabu lepas.

Namun, jentera serangan skuad negara masih berbisa dengan diketuai oleh Safawi Rasid, Faisal Halim dan Sergio Aguero.

Barisan pemain negara dilihat agak bergelut untuk mencari keserasian pada 20 minit pertama saingan dengan pasukan pelawat yang menduduki ranking ke-187 dunia dilihat lebih banyak bertahanan.

Skuad negara berjaya meraih gol pembukaan hasil gerakan menarik selepas hantaran Nor Hakim Hassan berjaya disudahkan oleh Aguero pada minit ke-28.

Bersambung pada babak kedua, Pan-gon sekali lagi membuat rombakan taktikal dengan memasukkan Brendan Gan dan Lee Tuck untuk menggandakan momentum pasukan kebangsaan.

Seperti dijangka, Faisal terus menjadi tunjang skuad negara apabila menanduk gol kedua pasukan kebangsaan hasil hantaran cantik daripada Safawi pada minit ke-65.

Bekas pemain Terengganu FC itu terus garang apabila menjaringkan gol kedua peribadi sekali lagi menerusi tandukan selepas menerima hantaran daripada Nor Hakim berselang tiga minit kemudian.

Penyerang muda yang dimasukkan untuk mengganti posisi Faisal, Haqimi Azim Rosli turut mencetak nama selaku penjaring hasil penyudah berbisa pada minit ke-77.

Penjaga gol Kemboja, Keo Souvannasangso tewas buat kali kelima hasil jaringan jarak jauh yang dilakukan oleh pemain gantian, Stuart Wilkin pada minit ke-87 dengan kedudukan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad negara akan mengharungi aksi ketiga Piala AFF 2022 menentang Vietnam di Hanoi pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI