fbpx

PBB minta negara-negara Asia selamatkan pelarian Rohingya di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Rohingya di sebuah pusat perlindungan di wilayah Aceh, Indonesia selepas ditemui nelayan oleh tempatan dalam kejadian berasingan pada 16 November lalu. - Fachrul Reza/NurPhoto/Getty

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru negara-negara Asia untuk menyelamatkan hampir 200 pelarian Rohingya yang hanyut di Lautan Hindi sejak sebulan lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lokasi sebenar bot pelarian itu tidak jelas, tetapi pada Rabu lalu, ia dikesan berada berhampiran wilayah India di Kepulauan Andaman dan Nicobar, Teluk Benggala.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada pusat penyelamat marin India awal minggu ini dan meminta tindakan segera dilaksanakan, lapor stesen penyiaran CNN.

“Kepayahan dan tragedi yang mengejutkan ini tidak boleh diteruskan…Mereka ialah manusia, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

“Kita perlu melihat negara-negara  di rantau ini membantu menyelamatkan nyawa dan tidak membiarkan orang ramai mati,” kata pengarah UNHCR Asia-Pasifik, Indrika Ratwatte.

Menurut Ratwatte, kira-kira 190 orang masih berada di atas bot itu.

Salah seorang pelarian, Mohammed Rezuwan Khan berkata, dia terputus hubungan dengan kakak dan anak saudara perempuannya yang berusia lima tahun di atas bot itu.

Menurut Rezuwan, seorang wanita telah meninggal dunia di atas bot dan mereka yang masih hidup tidak mempunyai air, makanan atau ubat. Angka kematian juga mungkin meningkat.

Awal bulan ini, seorang penyelaras bantuan mendakwa bahawa sebuah bot lain berlayar berhampiran bot Rohingya itu, tetapi kru kapal itu enggan membantu.

Sebagai kumpulan minoriti etnik dan agama yang teraniaya di Myanmar, ramai orang Rohingya telah mati kerana cuba melarikan diri ke negara-negara jiran.

Pada Jun lalu, 59 orang Rohingya ditemui kelaparan di Taman Negara Tarutao, yang terletak di beberapa pulau di wilayah paling selatan Thailand di Satun, dekat sempadan Malaysia.

Pada Julai pula, sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya 90 pelarian Rohingya dari negeri Rakhine ke Malaysia terbalik di luar pantai Myanmar, menenggelamkan sekurang-kurangnya 14 penumpang yang kebanyakannya kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI