fbpx

Nadia Brian pakai seksi ke majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAIAN seksi yang digayakan Nadia Brian ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan semalam mencetuskan reaksi kurang senang netizen.

PETALING JAYA – Tidak pernah sunyi dihambat kontroversi, nama pelakon Nadia Brian kembali menjadi mangsa kecaman apabila berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan bahagian dada dan pinggangnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Nadia menggayakan busana putih diperbuat daripada kain renda yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan.

Malah, pelakon berusia 31 tahun itu turut meraih perhatian kerana dres yang dipakainya menampakkan seolah-olah cangkuk pakaian dalam pada bahagian leher yang kelihatan pelik.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, pemilik nama penuh Nadia Najwa Mohamed Rashidi menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran Sheik yang berlangsung malam semalam di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur.

Pakaian tersebut mengundang kecaman netizen kerana dikatakan terlalu mendedahkan sebahagian badannya dan sangat ketat sehingga menampakkan bentuk payudaranya.

Rata-rata netizen tidak senang dengan penampilan pelakon drama Suri Hati itu yang dimuat naik dalam TikTok dengan kapsyen: “Solekan cantik saya oleh Schanooladiva (jurusolek).”

“Cantiknya Nadia tetapi lebih elok kalau tutup pada sebelah hadapan,” kata peminat.

“Mudah-mudahan kawan Nadia yang meninggal dunia baru-baru ini dijadikan pedoman. Dunia ini sementara sahaja,” tegur seorang pengguna TikTok.

“Allah, kaum wanita yang telah disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga hidayah untukmu,” ujar netizen lain.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan responnya bagaimanapun masih belum berhasil apabila panggilan dan mesej tidak berbalas sehingga kini.

Sekitar November lalu, Nadia pernah dikecam kerana menggayakan pakaian berwarna merah jambu yang menonjolkan bentuk payudaranya.

Bahkan dia kerap berkongsi gambar seksi dalam Instagram termasuk ketika bercuti di sebuah pulau di Indonesia beberapa bulan lalu dengan hanya mengenakan bikini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI