fbpx

Dua lelaki ditahan dalam Ops Dadu di Taman Baru Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan barangan dan suspek ditahan menerusi Ops Dadu oleh IPD Ampang Jaya, semalam. IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Polis menahan dua lelaki dalam Ops Dadu yang dilaksanakan disyaki menjalani aktiviti perjudian di Jalan Watan, Taman Bandar Baru Ampang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas malkumat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya melakukan dua serbuan di belakang sebuah rumah kira-kira pukul 5.20 petang.

“Hasil serbuan pihak polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan dan seorang warga negara asing masing-masing berumur 29 dan 35 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Serbuan kedua dijalankan pihak IPD Ampang Jaya, semalam. IHSAN POLIS

Katanya, hasil serbuan juga pihak polis turut merampas beberapa barang kes disyaki digunakan dalam aktiviti tersebut.

Beliau berkata semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI