fbpx

Sarawak pula mula banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di Kuching dan Bau ekoran hujan tanpa henti sejak semalam.

KUCHING – Beberapa kawasan di Sarawak kini dilanda banjir ekoran hujan tanpa henti sejak semalam, dengan kawasan-kawasan terjejas adalah di Bahagian Kuching dan Bau.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat jam 7 pagi hari ini, sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu dua di Bau dan satu di Petra Jaya.

Dua PPS yang dibuka di Bau adalah di balai raya Kampung Opar dan balai raya Kampung Jugan bagi menempatkan mangsa dari kedua-dua kampung berkenaan.

Manakala satu PPB dibuka di dewan Kampung Bedaun, Jalan Sultan Tengah di Petra Jaya bagi menempatkan mangsa di Kampung Bedaun.

Setakat ini, jumlah mangsa yang terjejas adalah seramai 119 orang, yang melibatkan 30 keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI